Tuesday, May 31, 2011

Doa Rabitah


maksud doa :-
Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


Do’a rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat ,
iaitu wirid yang dibaca pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra.
Atau pun boleh membacanya selepas solat.
Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah.

Do’a rabitah ini istimewa, Antaranya:-

1. Kepada para pendakwah,agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini.
2. Do'a ini bertujuan menyatukan hati pada para dakwah.
3. Dengan do’a rabitah ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi semenjak ada kegiatan dakwah di mukabumi ini sehinggalah ke hari kiamat.
4. Dengan do’a rabithah ini kita memahami bahawa gerak kerja  dakwah adalah jamaah, bukan jam’iyyah, dan syirkah.


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela AgamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh".
Surah AsSaff ayat:4

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...